Penduduk Palestin cedera diserang pendatang Yahudi di Huwara

NABLUS, 23 Mei 2017 (PIC) — Kira-kira 10 orang pendatang Yahudi bersenjata yang diiring oleh tentera Zionis menyekat laluan, mengganggu serta menyerang kenderaan penduduk Palestin di pusat bandar Huwara di selatan Nablus sehigga menyebabkan seorang tercedera.

Gerombolan pendatang tersebut mengacu senjata ke arah kenderaan sambil mengugut untuk membunuh mereka dan membaling batu, sambil diperhatikan oleh tentera.

Seorang pemandu cedera dibaling batu dan dikejarkan ke sebuah hospital selepas dirawat oleh pasukan Bulan Sabit Merah Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts