Penduduk Palestin Di Al-Quds Terpaksa Roboh Rumah Sendiri

AL-QUDS, 12 Nov 2017 — Penduduk Palestin Abd al-Ghani Dweik terpaksa meroboh rumahnya sendiri di kawasan al-Bustan di bandar Silwan, al-Quds Timur, bagi mengelak dikenakan denda oleh pihak perbandaran Zionis.

Pihak perbandaran Zionis mengeluarkan arahan meroboh rumah beliau dengan kos perobohan sebanyak 80,000 shekel (RM96,000). Rumah yang dibina dua tahun lalu di atas tanah sepanjang 80 meter itu dihuni oleh beliau, isteri dan tiga anaknya. Pihak perbandaran Zionis mendakwa 60 meter daripadanya dibina tanpa kebenaran.

Dalam hal berkaitan, jawatankuasa penduduk Silwan yang membantah perobohan menyebut bahawa semua 100 buah rumah atau bangunan milik penduduk Palestin di al-Bustan bakal dirobohkan, dan semua 1,570 penduduk tidak lagi mempunyai sebarang pilihan untuk membantah melalui undang-undang.

Penduduk al-Bustan terpaksa melalui proses perundangan sejak sedekad lalu apabila rejim Zionis mengumumkan rancangan untuk memebina sebuah taman negara di kawasan tersebut.

(Sumber: Ma’an, IMEMC, PNN, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts