Penduduk Palestin di Jajahan 1948 lancar mogok umum

RAMALLAH, 7 Jun 2017 (PIC) — Jawatankuasa Bertindak Bangsa Arab pagi tadi mengisytiharkan mogok awam di wilayah Palestin 1948 yang terjajah sebagai membantah pembunuhan secara sengaja Mohamed Taha, 20, oleh polis Zionis di bandr Kafr Qasem.

Terdahulu, jawatankuasa tersebut mendakwa pihak berkuasa Zionis bertanggung jawab ke atas pembunuhan yang berlaku pagi semalam itu.

Perhimpunan besar-besaran akan diadakan di seluruh wilayah pada hari Khamis.

Suasana menjadi tegang di Kafr Qasem apabila pasukan polis Zionis menyerang ganas kumpulan pemuda Palestin dengan menggunakan peluru hidup, bom gas pemedih ata dan juga peluru getah, sehingga membunuh Mohamed dan mencederakan ramai yang lain. Polis kemudiannya mengisytiharkan darurat di bandar tersebut, di mana puluhan pemuda Palestin telah ditangkap.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts