Penduduk Palestin dianggarkan seramai 12.37juta orang

GAZA, 30 Dis 2015 (Alray) — Laporan Pusat Biro Statistik Palestin yang diterbitkan hari ini menganggarkan jumlah rakyat Palestin di seluruh dunia seramai 12.37juta orang, di mana 4.75juta tinggal di dalam wilayah Palestin, 1.47juta di dalam wilayah Palestin 1948 yang terjajah (“Israel”), 5.46juta di negara-negara Arab dan sekitar 685,000 di negara-negara lain.

Laporan tersebut melihat peningkatan bilangan penduduk Palestin, di mana satu per tiga dari jumlah mereka tinggal di Gaza.

Data mereka turut menunjukkan bahawa 34.8% daripada penduduk Palestin di kawasan yang diduduki oleh rejim Zionis adalah berumur di bawah 15 tahun, berbanding dengan 4.2% mereka yang berumur di atas 65 tahun.

Dijangkakan bilangan penduduk Palestin di wilayah Palesitn yang terjajah akan menjadi lebih tinggi daripada penduduk Yahudi menjelang tahun 2020. Jumlah penduduk Palestin di bumi sejarah mereka itu dijangka seramai 7.13juta orang, berbanding dengan penduduk Yahudi seramai 6.96juta orang.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts