Penduduk Palestin diculik, tentera & pendatang Yahudi geledah rumah

NABLUS, 11 Jan 2018 — Sekurang-kurangnya 11 penduduk Palestin diculik dan beberapa buah rumah rosak diserang oleh tentera Zionis dan pendatang Yahudi di Tebing Barat dan Baitulmaqdis sepanjang malam tadi.

Jurnalis Omayma Sawalha melaporkan tentera Zionis memecah masuk rumahnya di Nablus dan menculik suaminya Azzam Abu al-Adas, seorang pakar hal ehwal Israel. Azzam dibebaskan dari penjara Zionis hanya lima bulan lalu.

Juga di Nablus, pemuda Seif Salah diculik dari rumahnya di bandar Asira al-Qibliyeh. Manakala rumah Ali Shana’a rosak teruk diserang oleh gerombolan pendatang Yahudi.

Pemuda Mohamed al-Tamimi, anak lelaki aktivis Manal al-Tamimi, juga diculik dari rumah keluarganya di perkampungan al-Nabi Saleh di Ramallah.

Sementara itu dua beradik Mo’men dan Iyas Mahmoud diculik dari rumah keluarga mereka di bandar Deir Nidam, barat laut Ramallah.

Tiga orang lagi pemuda Palestin turut diculik dari wilayah Jenin.

Dalam pada itu, pasukan peronda tentera Zionis juga memecah masuk dan menggeledah rumah penduduk Palestin di wilayah al-Khalil. Dalam operasi tersebut, mereka menculik ketua Persatuan Tahanan Palestin di Baitulmaqdis, Kaser Kaws, selepas memecah masuk rumah beliau di Kota Lama al-Khalil. Dua yang lain turut diculik dari al-Khalil.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts