Penduduk Palestin dipaksa roboh rumah sendiri dalam sentengah jam

BAITULMAQDIS, 3 Feb 2019 — Seorang penduduk Palestin pagi semalam terpaksa meroboh rumahnya sendiri di bandar Silwan, selatan Masjid al-Aqsa, selepas diperintah oleh pihak perbandaran Zionis.

Pihak perbandaran Zionis di kota suci Baitulmaqdis menyerbu rumah penduduk Majd Abu Tayeh pada hari Rabu lalu, memaksa beliau meroboh rumahnya dalam tempoh setengah jam atas tuduhan tidak mempunyai permit pembinaan.

Selepas campur tangan seorang peguam, pihak Zionis bersetuju melanjutkan tempoh tersebut sehingga hari Ahad. Bagaimanapun Majd memutuskan untuk meroboh rumahnya itu semalam, Sabtu.

Rejim Zionis memaksa penduduk Palestin meroboh rumah mereka sendiri sebagai sebahagian daripada strategi mengubah demografi di kota suci itu. Penduduk terpaksa akur bagi mengelak kos perobohan dan denda yang sangat tinggi sekiranya perobohan dilakukan oleh pihak perbandaran Zionis.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts