Penduduk Palestin dipaksa roboh rumah sendiri di hari perkahwinannya

GURUN NAQAB, 20 Ogos 2018 — Pasukan polis penjajah Zionis petang Sabtu lalu memaksa seorang penduduk Palestin meroboh rumah beliau sendiri, pada hari perkahwinannya.

Faisal Abu-Binniyah dipaksa meroboh rumah yang beliau rancang sebagai kediaman keluarga baharunya di Wadi Al-Naam. Polis Zionis sebelum ini telah beberapa kali memecah masuk rumah tersebut, dan mengugut dengan denda yang sangat tinggi sekiranya ia tidak dirobohkan.

Wadi al-Naam merupakan perkampungan “yang tidak diiktiraf” terbesar di Gurun Naqab, dengan anggaran bilangan penduduk seramai 13,000 orang.

(MEMO)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts