AL-QUDS, 10 Okt 2016 (MEMO) — Sebuah mahkamah majistret Zionis hari ini menjatuhkan hukuman penjara selama dua tahun ke atas Khamis Tamim Al-Salaymeh, 57, atas tuduhan memandu dan membawa tiga remaja Palestin memasuki kota al-Quds sebelum mereka menikam dan menembak mati seorang polis Zionis pada bulan Februari lalu.
Ketiga-tiga remaja ditembak mati dalan kejadian tersebut.
Khamus Tamim dituduh menyebabkan kematian dalam keadaan cuai, di mana beliau telah membawa tiga remaja tersebut dari kawasan utara al-Quds menuju ke al-Quds Timur. Beliau menafikan sebarang pengetahuan tentang rancangan remaja terbabit untuk membuat serangan.