Penduduk Palestin ditangkap kerana bersubahat dengan tentera Zionis

AL-KHALIL, 20 Sep 2016 (Maan) — Batuk Bandar al-Khalil, Kamel Hameid, hari ini mendedahkan taktik rejim Zionis memeras ugut dan mengupah penduduk Palestin untuk menghasut keganasan.

Kenyataan media Kamel menyebut bahawa siasatan pihak keselamatan Palestin menunjukkan tentera Zionis menghasut kanak-kanak Palestin supaya membawa pisau. “Tentera Zionis selalu bertanya kepada kanak-kanak Palestin yang diperiksa di sekatan tentera, Mana pisau kamu? Kenapa kamu tidak membawa pisau?,” dakwa beliau.

Pasukan keselamatan Palestin baru-baru ini menangkap sebilangan penduduk Palestin yang disyaki bersuhabat dengan pihak Zionis.

Seramai 20 penduduk Palestin memfailkan saman ke atas Pihak Berkuasa Palestin (PA) pada bulan September 2015, menuntut kerugian sebanyak $US100 juta apabila mereka ditangkap atas tuduhan bersubahat dengan pihak perisikan Zionis. Pihak Zionis lazimnya menggunakan maklumat tali barut tersebut untuk menangkap tokoh dan ahli politik Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts