Penduduk Palestin ditembak dan ditangkap atas tuduhan cuba menikam

AL-QUDS, 13 Ogos 2017 — Pasukan polis Zionis dan perisikan Shin Bet menangkap seorang penduduk Palestin selepas menembak beliau atas tuduhan merancang untuk menikam Yahudi di kota al-Quds.

Lelaki berumur 52 tahun itu ditangkap di kejiranan Bait Safafa setelah cedera ditembak di bahagian kaki.

Puluhan penduduk Palestin dibunuh, cedera ditembak atau ditangkap di sekatan-sekatan tentera Zionis di kawasan Tebing Barat dan al-Quds sejak tercetusnya Intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015, kononnya kerana mangsa cuba atau merancang untuk menyerang Yahudi.

Menurut saksi, mangsa sedang berdiri berdekatan lampu isyarat di laluan masuk ke utara Beit Safafa ketika beberapa orang Yahudi memangggil polis dan mendakwa beliau bersikap mencurigakan. Polis terus menembak beliau sejurus tiba di lokasi.

Mangsa dikatakan berasal dari bandar Silwan dan menziarahi saudara iparnya di Beit Safafa. Beliau mengalami masalah sakit jantung.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts