Penduduk Palestin ditembak mati, isteri cedera parah

AL-QUDS, 18 Sep 2016 (PIP) — Seorang penduduk Palestin meninggal dunia dan isterinya cedera parah ditembak oleh tentera penjajah Zionis, atas tuduhan mereka cuba melanggar sekumpulan pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Kiryat Arba di al-Khalil Jumaat lalu.

Mangsa dikenali sebagai Farras Musa Birawi Khudhur dari Bani Naim di timur al-Khalil dan isterinya Ragdah Khadhur. Tentera menembak kenderaan yang mereka naiki berdekatan pintu masuk Kiryat Arba.

Terdahulu, seorang pemuda Jordan Said Hayil Amr, 28, ditembak mati di Pintu Amud di kota al-Quds. Beliau dituduh cuba menikam seorang polis Zionis.

Seramai 241 orang penduduk Palestin terkorban sejak bermulanya Intifadah al-Quds pada bulan Oktober 2015.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts