SALFIT, 9 Mac 2016 (PNN) — Seorang lelaki Palestin cedera ditikam oleh pendatang Yahudi di kawasan penempatan haram Barqan di timur kota Salfit, utara Tebing Barat.
Pendatang Yahudi terbabit dilaporkan berjaya lari meninggalkan tempat kejadian.
Ketegangan semakin meningkat sejak tentera Zionis membunuh seorang wanita Palestin yang dituduh cuba menembak seorang polis Zionis di al-Quds Timur. Dalam tempoh kurang dari 24 jam sejak kejadian tersebut, sekurang-kurangnya enam pemuda Palestin telah terkorban.