Penduduk Palestin kumpul dana untuk bina semula rumah

RAMALLAH, 10 Jan 2016 (Maan) — Sekumpulan aktivis Palestin melancar kempen mengumpul dana bagi membina semula rumah keluarga al-Halabi di perkampungan Surda di Ramallah yang dirobohkan oleh tentera Zionis Sabtu lalu.

Rumah tersebut diroboh sebagai hukuman ke atas tindakan Muhannad al-Halabi membunuh dua orang pendatang Yahudi 3 Oktober lalu. Muhannad, 19 tahun, ditembak mati ditempat kejadian.

Menurut jurucakap kumpulan aktivis tersebut, Abd al-Karim Abu Arqoub, kempen selama seminggu itu adalah satu merupakan satu mesej kepada rejim penjajah Zionis bahawa bangsa Palestin akan terus bergandingan memikul tanggungjawab membantu keluarga mangsa kejahatan Zionis.

Kempen tersebut juga mendapat sokongan dari Kesatuan Jurutera Palestin yang akan membantu kerja-kerja mereka bentuk, mendapatkan permit dan juga penyeliaan teknikal semasa pembinaan.

Bulan lalu, sekumpulan pemuda Palestin di Nablus berjaya mengumpul sumbangan sebanyak satu juta shekel (RM1.12 juta) bagi tujuan membina semula rumah penduduk Palestin yang dimusnahkan oleh tentera penjajah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts