Penduduk Palestin lancar mogok umum bantah undang-undang perkauman Zionis

RAMALLAH, 1 Okt 2018 — Aktiviti harian di seluruh wilayah Tebing Barat dan Palestin 1948 yang terjajah hampir lumpuh sepenuhnya hari ini, apabila penduduk menyertai mogok umum bagi membantah “Undang-Undang Dasar Negara-Bangsa” yang diluluskan oleh rejim Zionis.

Kedai-kedai, institusi kerajaan dan kewangan semua ditutup, sementara sekolah dan universiti menangguhkan kelas pengajian. Pemandu-pemandu, termasuk dari sektor pengangkutan awam, turut menyertai mogok tersebut.

Parlimen Zionis, Knesset, pada 19 Julai lalu meluluskan undang-undang perkauman yang menetapkan “Israel” sebagai tanahair kaum Yahudi serta mengabaikan sepenuhnya sejarah Palestin yang telah lama wujud sebelum negara haram itu tertubuh.

Bersempena dengan ulangtahun ke-18 kempen Intifadah, penduduk Palestin menziarahi tanah perkuburan mereka yang terkorban dalam Intifadah al-Aqsa tahun 2000.

(PIC, Maan)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts