Pendudukan haram Yahudi di Baitul Maqdis akan diteruskan: Menteri Israel

2 Sept – Seorang Menteri Israel, Yossi Peled, dari Parti Likud yang diketuai oleh alaqsaPerdana Menteri, Benjamin Netanyahu, menyatakan pada Selasa (1 Sept) bahawa kerajaan Israel tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membekukan pembinaan dan pengembangan penempatan penduduk Yahudi di Baitul Maqdis, dan menambah bahawa Yahudi akan meneruskan kehidupan mereka dan membina penempatan baru di dalam dan sekitar bandar Jerusalem.

Kenyataan Peled telah dibuat pada satu persidangan yang dikenali “Memelihara Baitul Maqdis dan Bukit Golan”, seperti yang dilaporkan Israel Ynet News.

Semasa lawatannya ke Jerman, Peled menyatakan yang dia mendengar Netanyahu menyatakan Baitul Maqdis adalah kelestarian dan ibu negeri yang bersatu dengan Israel dan bangsa Yahudi akan meneruskan hidup dan membina penempatan mereka di sana.

Peled juga menyatakan Israel akan bersedia untuk mengadakan perbincangan damai dengan sesiapa pun yang mahu mengadakan perbincangan dengan mereka, tetapi tidak akan akan menerima jika mereka hilang aset-aset yang mereka miliki.

Israel Ynet News menambah bahawa jurucakap Knesset, Reuven Rivlin, berucap pada persidangan tersebut dan berkata bahawa dia mempercayai Netanyahu, justeru orang Israel mahu hidup dengan aman tanpa melampau sebarang persengketaan.

Rivlin menambah bahawa “tanah Israel adalah bagi rakyat Israel”, dan rakyat Israel akan mengekalkan kedaulatan mereka di Baitul Maqdis di setiap sudut.

Netanyahu merancang untuk menghantar pegawai-pegawainya untuk mengadakan satu mesyuarat dengan US MIDDLE EAST Envoy, George Mitchell, pada hari Rabu dan akan membincangkan penyelesaian isu pembekuan penempatan Israel.

Israel baru-baru ini berkata ia akan menerima usul pembekuan sementara tetapi tidak akan menerima untuk selama-lamanya menghentikan pembinaan penempatan.

Semua usaha penempatan Israel adalah di dalam kawasan kependudukan wilayah Palestin  termasuk di East Jerusalem, dan kawasan padat di Bukit Golan adalah kawasan yang tidak dibenarkan membuat penempatan Israel dan ianya melanggar undang-undang antarabangsa dan Fourth Geneva Conventions.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts