Penempatan haram Yahudi menjejaskan keseimbangan demografi di Salfit

SALFIT, 1 Feb 2016 (PIC) — Aktiviti penempatan haram Yahudi di wilayah Salfit di Tebing Barat telah membawa kesan yang sangat serius serta menjejaskan kestabilan demografi.

Kini terdapat seramai 100,000 pendatang Yahudi yang berpindah ke penempatan-penempatan haram di dalam wilayah Salfit, berbanding dengan penduduk asal Palestin yang berjumlah 90,000 orang.

Terdapat 24 buah penempatan haram di sini, manakala bandar dan perkampungan Palestin kini hanya tinggal 18 buah. Pada masa yang sama rejim penjajah Zionis telah menguasai dan merampas sejumlah 70% tanah Palestin di Salfit bagi tujuan membina penempatan haram dan tembok pemisah.

Penempatan haram ini juga merampas dan merompak sumber asli dan air bawah tanah di wilayah tersebut.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts