Pengarah Operasi UNRWA Nafi Israel Telah Melonggarkan Sekatan Ke Atas Gaza

Pengarah Operasi UNRWA di Gaza, John Ging membantah kenyataan Israel pada Khamis lepas bahawa  tindakan Israel melonggarkan pengepungan mereka  di Semenanjung Gaza telah menyebabkan banyak  bantuan boleh diagihkan tidak benar dan omong kosong. Malahan hakikatnya situasi di Gaza semakin genting semenjak pengepungan yang telah dilakukan oleh Israel.

John Ging menuduh para pegawai Israel mengabaikan tuntutan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan pengepungan. “Tidak ada perubahan yang berlaku di Gaza,, tidak adanya pemulihan atau pembinaan semula, tidak ada kemajuan ekonomi.”

“Kelonggaran sekatan seperti yang dikatakan Israel tidak ada maknanya.”

Tentera Israel selama empat tahun terakhir telah mengawal ketat Jalur Gaza dan melarang sebarang bahan bangunan dan kelengkapan asas yang diperlukan untuk membina semula wilayah yang hancur dari  memasuki Gaza.

Israel mengumumkan pada Jun lepas untuk melonggarkan beberapa sekatan yang dikenakan ke atas Gaza dengan membolehkan lebih banyak barang kepeluan memasuki wilayah tersebut.

Langkah kerajaan Israel itu terpaksa dilakukan setelah menghadapi tekanan antarabangsa yang kuat selepas tragedi serangan 31 Mei oleh angkatan laut mereka pada kapal bantuan kemanusiaan dalam perjalanan ke Gaza yang telah menewaskan sembilan aktivis di atas kapal Mavi Marmara. (ikw)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts