AL-QUDS, 2 Ogos 2016 (PIC) — Seorang pengawal Masjid al-Aqsa dikejarkan ke Hospital Makasid setelah cedera diserang oleh tentera Zionis pagi tadi.
Pengawal Majd Abideen memerlukan rawatan kecemasan apabila cedera di bahagian kepala.
Tindakan ganas tentera Zionis itu tercetus setelah pengawal masjid mencegah mereka menghisap rokok di tapak suci umat Islam itu.
Tiga lagi pengawal masjid, Samer Abu Qwedr, Hussam Abu Sneina dan Abed Makya, diarah hadir ke balai polis Zionis untuk disoal siasat.
Dalam pada itu, polis Zionis turut menghalang pekerja untuk masuk membaik pulih paip air di Masjid al-Aqsa.