Pengawal penjara tangkap ibu tahanan Palestin

BEIT LAHM, 19 Jun 2018 — Pasukan pengawal penjara Zionis di Raymond menangkap seorang ibu kepada tahanan Palestin ketika beliau tiba untuk melawat anaknya, al-Bodon.

Al-Bodon, 29, ditangkap selepas ditembak dengan peluru dumdum di bahagian belakang badannya berdekatan penempatan haram Gilo di Beit Lahm pada tahun 2008. Beliau dipindahkan ke Hospital Hadasah dan ditahan di situ selama beberapa bulan, di mana buah pinggangya telah dibuang dan sebahagian daripada usus dan perutnya ditukar dengan organ plastik.

Pemuda yang berasal dari bandar Tuqu’ di timur Beit Lahm itu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dengan tambahan lagi 14 tahun.

(PIC)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts