Pengeboman Di Timur Maghazi, 2 Cedera

Gaza, 14 Jan: Laporan perubatan dan saksi-saksi di tempat kejadian di tengah Bandar Gaza telah melaporkan bahawa dua orang warga Palestin cedera akibat serangan bom oleh tentera Israel pada lewat malam semalam. Serangan itu berlaku di timur Perkemahan Bureij.

Adham Abu Salimah yang merupakan jurucakap bagi pihak Ambulans dan Kecemasan di Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa van ambulans tiba di tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan dan terdapat dua warga negara yang cedera akibat terkena serpihan bom, jelas beliau lagi kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Syuhada Aqsa di Deir al-Balah dan keadaan luka mangsa berada pada tahap sederhana. (pt)

Diterjemahkan oleh Muhammad Mukhlis bin Nasri

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts