BAITULMAQDIS, 7 Apr 2019 — Selepas diharamkan memasuki kawasan Masjid al-Aqsa selama 40 hari, Pengerusi Majlis Wakaf, Sheikh Abd al-Athim Salhab, hari ini kembali ke tapak suci itu untuk mendirikan solat.
Awal bulan lalu, Sheikh Abd al-Athim bersama beberapa pemimpin Majlis Wakaf yang lain diharamkan memasuki al-Aqsa selepas mereka membuka semula pagar Pintu ar-Rahmah untuk para jemaah mendirikan solat Jumaat di dalamnya.
Bangunan Pintu ar-Rahmah yang terletak di timur al-Aqsa dikunci oleh polis Zionis sejak tahun 2003 selepas menuduh ianya digunakan untuk aktiviti politik. Pada tahun 2017, mahkamah Zionis mengarahkan bangunan tersebut ditutup sehingga dimaklumkan kemudian.
(Maan)