Pengganas Yahudi Dan Isteri Cedera Ditembak

BETHLEHEM, 9 Dis 2015 (Maan | IMEMC) — Seorang bekas ahli kumpulan pengganas Yahudi dan isterinya cedera ditembak dalam satu insiden serangan dengan menaiki kenderaan berdekatan penempatan haram Avnie Hefetz di Tulkarem.

Pihak forensik Zionis melaporkan kenderaan mangsa diserang dengan 23 tembakan peluru hidup. Tentera dikerahkan ke kawasan sekitar tempat kejadian bagi memasang sekatan jalan dan menjejak suspek menembak.

Shaul Nir Ben Aviva, 60 tahun, adalah seorang pendatang Yahudi bekas ahli kumpulan Jewish Undergroud. Kumpulan tersebut aktif melakukan serangan ganas pada sekitar tahun 1980an. Beliau pernah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas melakukan serangan ke atas Kolej Islam di Al-Khalil pada tahun 1983, membunuh tiga pelajar dan mencederakan 33 yang lain. Hukuman beliau kemudiannya diringankan, dan seterusnya dibebaskan bersama rakan-rakan pengganasnya selepas hanya tujuh tahun dipenjara.

Beliau juga pernah meletupkan kenderaan datuk bandar Nablus, al-Birah dan Ramallah.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts