Pengganas Yahudi serang kanak-kanak perempuan Palestin

AL-KHALIL, 29 Dis 2015 (PIC) — Pendatang haram Yahudi yang terkenal dengan keganasan dan jenayah, Baruch Marzel, menyerang kanak-kanak perempuan Palestin, Dania Abu Ramlia, di satu sekatan pemeriksaan sementara tentera di selatan Al-Khalil semalam.

Ketika melakukan serangan keji itu, Marzel diberi perlindungan oleh pasukan tentera Zionis yang bekawal di kawasan sekatan tersebut. Sumber perubatan melaporkan bahawa mangsa mengalami kecederaan di seluruh bahagian badannya.

Sungguhpun undang-undang antarabangsa menetapkan penjajah Zionis bertanggungjawab memberi perlindungan ke atas penduduk awam Palestin yang dijajah, serangan yang dilakukan oleh pendatang Yahudi tanpa sebarang tindakan undang-undang menunjukkan bahawa pihak rejim menggalakkan keganasan Yahudi di dalam wilayah Tebing Barat, sekaligus menggalakkan kumpulan pendatang haram ini untuk melakukan jenayah secara bebas ke atas penduduk Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts