Pengilhakan ditangguhkan kerana “rancangan tepat, tetapi bukan masanya”

TEL AVIV, 15 Julai 2020 — Seorang menteri rejim Zionis mendedahkan bahawa pandemik Covid-19 dan pertelingkahan politik dalaman merupakan sebab utama di sebalik penangguhan rancangan untuk mengilhak wilayah Tebing Barat.

Laporan menteri dari parti Kaḥol Lavan [Biru Putih] itu, yang enggan mendedahkan nama, telah disiarkan oleh Reuters.

Walaupun Benjamin Netanyahu dan rakan gabungan politiknya Benny Gantz pada awalnya bersetuju melancarkan proses pengilhakan pada 1 Julai, ia masih belum dibincangkan di peringkat kabinet.

Rancangan pengilhakan tersebut adalah tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, sehingga mendapat bantahan rakan politik Zionis sendiri.

Bagaimanapun bantahan tersebut bukanlah berkenaan rancangan pengilhakan, tetapi masa pelaksanaannya yang kurang tepat.

“Ianya adalah satu rancangan yang tepat, tetapi bukan masanya,” sebut menteri tersebut. “Kami sedang berhadapan dengan krisis terbesar sejak beberapa dekad… dan ianya adalah suatu yang tidak bertanggungjawab serta tidak peka untuk memberi tunpuan kepada perkara-perkara lain ketika ini.”

(PalestineChronicle)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts