Peniaga Palestin ditangkap kerana menjual gelang di Masjid Ibrahimi

AL-KHALIL, 1 Mac 2018 — Seorang peniaga Palestin berumur 24 tahun ditangkap oleh polis sempadan Zionis kerana menjual gelang kepada pejalan kaki di luar sekatan tentera berdekatan Masjid Ibrahimi.

Sekatan tentera Zionis berdekatan Masjid Ibrahimi dibanjiri pemuda-pemuda Palestin yang menjual gelang dan rantai kunci kepada pelancong. Mangsa, yang memilik kedai tidak jauh dari sekatan tersebut, ditahan selama dua jam sebelum dibawa ke sebuah stesen polis dan ditahan selama tiga jam lagi.

Akhirnya, beliau dipaksa membayar denda sebanyak 500 shekel (RM560) sebelum dibebaskan kembali ke kedainya. Beliau juga akan dibicarakan di mahkamah tentera Zionis di Ofer, Ramallah, dalam tempoh enam bulan. Beliau bimbang kerana tidak diberikan resit pembayaran denda, kerana pihak polis mungkin akan mendenda beliau semula.

(PNN)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts