Peniaga Palestin ditangkap kerana menjual pisau

AL-QUDS, 21 Sep 2016 (PIC) — Polis Zionis semalam menangkap seorang peniaga Palestin di Kota Lama al-Quds atas tuduhan menjual pisau kepada “pengganas.”

Pihak polis mendakwa seseorang yang disyaki sebagai “pengganas” telah membeli dua bilah pisau dari kedai peniaga tersebut dan kemudiannya cuba menikam dua orang pegawai polis Jumaat lalu.

Anak lelaki peniaga tersebut yang berumur sembilan tahun bersama sepupunya yang berumur 16 tahun turut ditangkap dan disoal-siasat. Anaknya dibebaskan dua jam kemudian.

Peniaga tersebut turut diharamkan memasuki Kota Lama untuk tempoh selama seminggu.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts