Penjaga al-Aqsa berjaya halang pelampau Yahudi ceroboh masuk Khubah as-Shakra’

AL-QUDS, 15 Mac 2017 (PIC) — Sekumpulan pengawal Masjid al-Aqsa pagi tadi berjaya menghalang seorang pelampau Yahudi yang mengambil kesempatan dari kehadiran pasukan polis Zionis dan cuba menceroboh masuk Khubah as-Shakra’ di perkarangan Masjid al-Aqsa.

Polis Zionis menutup Pintu al-Maghareeba, satu-satunya pintu masuk Masjid al-Aqsa yang dikawal sepenuhnya oleh Zionis, pada jam 10:00 pagi selepas sekumpulan 42 orang pendatang Yahudi menamatkan pencerobohan mereka ke atas Masjid al-Aqsa, yang dilakukan setiap hari bermula jam 7:00 pagi, kecuali pada hari Jumaat dan Sabtu.

Salah seorang daripada mereka cuba memasuki Kubah as-Shakra’ dan dihalang oleh para pengawal, menyebabkan pasukan polis Zionis mengiringi beliau keluar dari perkarangan Masjid al-Aqsa.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts