BAITULMAQDIS, 18 Apr 2018 — Pasukan polis Zionis pagi tadi menangkap penjaga Masjid al-Aqsa, Arafat Najeeb, dan mengarah empat yang lain hadir ke pusat tahanan untuk disoal siasat.
Arafat ditangkap di Pintu Hitta ketika dalam perjalanan untuk memasuki tapak suci umat Islam itu.
Pada masa yang sama empat lagi staff al-Aqsa iaitu Hamza al-Nabali, Luay Abu al-Saad, Khalil al-Tarhouni, dan Fadi Alyan diarah hadir ke pusat tahanan Qisleh di Kota Lama Baitulmaqdis.
(PIC, MEMO)