Ringkasan

Penjaga masjid, pegawai wakaf diharamkan masuk Masjid al-Aqsa

KOTA BAITULMAQDIS, 6 Sep 2020 — Polis penjajah Zionis semalam membebaskan penjaga wanita Masjid al-Aqsa, Heba Sarhan, serta tiga pegawai masjid Imad Abidin, Bilal Awad Allah, dan Amran Al-Ashhab, dengan syarat mereka tidak lagi memasuki tapak suci umat Islam itu selama seminggu.

Semua mangsa ditangkap di perkarangan Masjid al-Aqsa dan ditahan serta diinterogasi selama berjam-jam sebelum dibebaskan. Mereka dikehendaki hadir semula ke pusat interogasi pada minggu hadapan, untuk menerima keputusan arahan baharu. Lazimnya, mangsa-mangsa akan dikenakan hukuman lanjutan menghalang mereka masuk Masjid al-Aqsa, atau berada di kota suci Baitulmaqdis, sehingga beberapa bulan.

(Palinfo)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts