Penjara Zionis engkar arahan mahkamah supaya bebaskan tahanan warga emas

JENIN, 26 Jan 2016 (PIC) — Pihak berkuasa penjara rejim Zionis enggan mematuhi perintah sebuah mahkamah supaya membebaskan tahanan warga emas Fathiya Khanfar.

Perintah membebaskan Fathiya, wanita Palestin dari bandar Silat ad-Dhahr di Jenin yang berumur 60-an, dikeluarkan oleh Mahkamah tentera Salem setelah beliau menjalani dua per tiga daripada tempoh hukuman penjara selama 11 bulan. Menurut suaminya, Yousuf Khanfar, penjara Hasharon enggan mematuhi arahan tersebut yang seharusnya membebaskan isterinya Isnin lalu.

Pihak pengurusan penjara Hasharon mendakwa mereka tidak menerima sebarang arahan pembebasan dari Mahkamah Salem.

Fathiya dihukum penjara pada bulan Julai lalu atas tuduhan cuba menyeludup kad sim telefon kepada anaknya yang ditahan di dalam penjara pada bulan Februari 2013.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts