BEERSHEBA, 20 Dis 2016 (DOP) — Dengan tibanya musim sejuk, pihak penjara Zionis menghalang keluarga Palestin membawa pakaian sejuk kepada ahli keluarga mereka yang dikurung dalam penjara Gurun Naqab.
Persatuan Tahanan Palestin (PPC) melaporkan bahawa semua keluarga tahanan Palestin membawa pakaian dan keperluan musim sejuk untuk dihantar kepada ahli keluarga mereka yang ditahan. Pihak penjara menerima kiriman tersebut tetapi tidak diserahkan kepada para tahanan.