NAZARETH, 6 Ogos 2017 — Rejim Zionis memperkenalkan peraturan baharu ke atas penduduk Gaza yang melintas sempadan di Pintu Beit Hanoun (Erez) dengan tidak membenarkan mereka membawa sebarang alat elektronik kecuali telefon bimbit, makanan untuk dimakan sendiri ketika dalam perjalanan, mahupun kelengkapan membersih badan.
Pertubuhan hak asasi Gisha memaklumkan bahawa peraturan tersebut berkuatkuasa sejak 1 Ogos lalu. Ia juga terpakai ke atas penduduk Palestin yang bekerja dengan pertubuhan antarabangsa.
Penduduk asing bagaimanapun dikecualikan dari peraturan ini, namun mereka masih perlu membuat pengisytiharan sekiranya membawa alat elektronik.