Perbandaran Zionis akan sekat laungan azan di Kota Lama al-Quds

AL-QUDS, 3 Nov 2016 (PIC) — Datuk Bandar Zionis di al-Quds, Nir Barkat, mendesak pihak polis bekerjasama untuk menguatkuasa undang-undang bagi menyekat laungan azan di Kota Lama al-Quds kerana ia dianggap sebagai satu “pencemaran bunyi.”

Keputusan tersebut dibuat setelah sekumpulan pendatang Yahudi dari penempatan haram Pisgat Zeev mengadakan protes di hadapan rumah Datuk Bandar pagi Selasa lalu. Ia juga merupakan sebahagian daripada langkah pihak perbandaran Zionis untuk mengawal kota suci itu dan menghapuskan semua identiti Islam dan Arab.

Ketua Majlis Tertinggi Islam Palestin, Sheikh Ikrima Sabri, menjelaskan bahawa pengharaman ke atas laungan azan adalah satu bentuk pencabulan ke atas kebebasan beragama. Laungan azan bukan hanya satu ritual agama, tetapi satu ibadah bagi orang Islam.

Menurut Sheikh Ikrimah, pencemaran bunyi yang sebenarnya adalah berpunca dari gangguan jet tentera Zionis yang berlegar di ruang udara al-Quds, bunyi bising kereta kebal yang menyerang masuk bandar dan perkampungan Palestin serta bunyi bom yang ditembak ke arah penduduk Palestin.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts