BAITULMAQDIS, 23 Julai 2018 — Mahkamah tentera Zionis di Ofer hari ini sekali lagi menangguhkan perbicaraan ke atas gadis Palestin Areej Houshiyyeh, 19, sehingga 8hb ogos.
Areej ditangkap oleh tentera Zionis pada 28 Disember 2017, ketika cuba membantu adik perempuannya yang mengambil laluan salah di sekatan Qalandia. Adiknya itu adalah seorang pesakit down syndrome.
Mahkamah menangguhkan perbicaraan buat kali ke-12 sejak ditangkap, di mana beliau kini dikurung di penjara Hasharon.
Puluhan penduduk Palestin ditangkap atau dibunuh oleh tentera Zionis di sekatan Qalandia sejak beberapa tahun lalu.
(PIC)