Perhimpunan PBB: Tiada kaitan antara Yahudi dan al-Aqsa

NEW YORK, 3 Dis 2018 — Perhimpunan Agung PBB menolak sebarang kaitan antara Yahudi dan tapak suci Masjid al-Aqsa.

Dalam undian pada hari Jumaat lalu, Perhimpunan Agung meluluskan enam resolusi mengutuk pencabulan rejim Zionis ke atas Palestin. Antaranya, Resolusi A/73/L.29 yang bertajuk “Jerusalem” bagi “menghormati status quo bersejarah di tapak-tapak suci di Jerusalem, termasuk Haram al-Sharif.”

Pengunaan terminologi Arab bagi tapak tersebut dilihat sebagai penolakan sebarang kaitan dengan Yahudi. Terminologi Yahudi bagi tapak tersebut, iaitu “Temple Mount”, sama sekali tidak disebut dalam dokumen PBB.

Resolusi tersebut menerima 148 undian menyokong berbanding 11 membantah.

Ia menekankan bahawa Perhimpunan Agung “Mengulangi keazamannya bahawa sebarang tindakan yang diambil oleh Israel, kuasa penjajah, untuk mengenakan undang-undang, kuasa dan pentadbiran mereka ke atas Kota Suci Jerusalem adalah menyalahi undang-undang dan dengan itu terbatal dan tidak sah, dan menyeru Israel supaya segera menghentikan semua langkah tidak sah dan unilateral.”

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts