Perintah Berkurung Di Al-Khalil Selepas Dua Pendatang Yahudi Terbunuh

AL-KHALIL, 14 Nov 2015 (Maan) — Daerah Al-Khalil di selatan Tebing Barat dikenakan perintah berkurung apabila tentera Zionis menjalankan operasi mencari penembak yang menyebabkan kematian dua orang pendatang Yahudi berdekatan penempatan haram Otniel di selatan Al-Khalil.

Tentera menutup semua jalan dan pintu masuk ke perkampungan dan bandar sekitar Al-Khalil dan beberapa sekatan tentera dibina di seluruh daerah tersebut.

Jalan masuk ke persimpangan Beit Einun dan lorong Nabi Younis di Halhul ditutup, dan semua penduduk Palestin yang berumur di bawah 30 tahun dilarang keluar dari kawasan Al-Khalil dan Sair, sebuah bandar berdekatan. Mereke turut menutup laluan masuk ke kem pelarian al-Fuwwar dan jalan di antara kem tersebut dan kawasan Dura.

Kawasan perkampungan di barat Dura juga dikepung, dan tentera menutup jalan-jalan masuk ke perkampungan al-Karma, Arab al-Ramadin, al-Samu, al-Sura, al-Majd, Beit Awwa dan al-Thahriya dengan menimbun kotoran.

Rumah-rumah dan institusi diceroboh masuk oleh tentera untuk merampas rakaman kamera keselamatan di kawasan selatan Al-Khalil termasuklah Yatta, al-Samu, al-Simia, al-Thahriya, Dura dan Beit Awwa. Bangunan mahkamah Dura turut diceroboh masuk, di mana semua pintu yang berkunci dipecahkan.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts