GAZA, 20 Julai 2016 (SP) — Media Zionis, Haaretz, mendedahkan bahawa pasukan perisik Zionis Shin Bet secara sengaja menahan pesakit dari Gaza di pintu lintasan Beit Hanoun, menangguhkan perjalanan mereka untuk mendapatkan rawatan di Tebing Barat dan al-Quds.
Petugas Shin Bet dikatakan menahan ambulan dan menyoal siasat pesakit selama beberapa jam, tanpa mengambil peduli keadaan pesakit. Bahkan para pesakit dibiarkan tetunggu-tunggu samada dibenarkan melintas atau tidak.
Lima pesakit Gaza ditahan dan diugut sepanjang minggu lalu.
Awal Mei lalu, seorang pesakit jantung yang sedang tenat di dalam ambulan dibiarkan menunggu selama hampir sejam untuk mendapatkan kebenaran meneruskan perjalanan ke hospital.