Perisik Zionis tangkap Alaa Basheer

RAMALLAH, 25 Jul 2019 — Badan perisik Zionis, Shin Bet, hari ini menangkap guru al-Quran, Alaa Basheer, dua hari selepas beliau dibebaskan dari penjara Pihak Berkuasa Palestin (PA).

Beliau ditangkap selepas diarah hadir ke sebuah pusat interogasi. Penahanan tersebut merupakan sebahagian daripada “kerjasama keselamatan” antara PA dan rejim Zionis.

Alaa, 23, dibebaskan Ahad lalu dengan ikat jamin sebanyak 3,000 Jordan Dolar bagi setiap pertuduhan, selepas dipenjara selama 40 hari. Walaubagaimanapun semua pertuduhan ke atas beliau masih dirahsiakan.

Guru wanita dari Qalqilya itu ditangkap semula oleh PA hanya dua hari selepas membebaskan beliau pada 13 Jun, setelah dikurung selama sebulan.

Beliau pertama kali ditangkap oleh PA di Masjid Othman pada bulan Mei, tanpa mengikut sebarang proses perundangan serta tidak memberi sebarang alasan. Alaa bertindak melancarkan mogok lapar dalam penjara PA.

PA membuat tuduhan palsu ke atas Alaa bagi menjustifikasi penangkapan beliau. Beliau dituduh mencetus perselisihan mazhab, iaitu salah satu taktik yang digunakan oleh PA ke atas musuh politik mereka.

(IMEMC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts