Perisikan: Zionis akan kuasai Timur Tengah menjelang 2025

TEL AVIV, 17 Mei 2018 — Menurut bekas ketua perisikan tentera Zionis, seluruh wilayah Timur Tengah akan berada di bawah pemantauan rejim Zionis menjelang tahun 2025.

Berucap dalam satu persidangan perisikan di Tel Aviv semalam, Aharon Zeevi Farkash mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 10,000 satelit akan membekalkan rejim Zionis dengan video yang mengawas wilayah-wilayah sekitarnya. Menurut beliau, sistem pengawasan tersebut membolehkan tentera Zionis membunuh sasaran-sasaran dengan lebih tepat pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Kaedah-kaedah perisikan lain termasuklah kemampuan mereka untuk menukar komunikasi lisan ke dalam bentuk digital secara langsung, membolehkan data tersebut digunakan oleh tenetra laut, udara dan pasukan darat.

Kenyataan beliau membuatkan pemerhati mengaitkan kejadian di sempadan Gaza, di mana ramai mangsa-mangsa ditembak dari jarak jauh secara tepat.

(MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts