Perisikan Zionis: Hamas mampu musnahkan tentera Zionis

BAITULMAQDIS, 18 Nov 2018 — Media agensi perisikan Zionis, DEBKAfile, yang bertanggunjawab membuat analisa tentang keganasan, keselamatan, ketenteraan dan hubungan luar, mengaku bahawa Hamas kini memiliki roket-roket “penentu pertembungan” yang boleh mengena sasaran dengan mudah dan tepat.

Laporan DEBKAfile semalam mendakwa mereka telah mengenal-pasti roket-roket moden yang digunakan oleh Hamas dalam serangan awal minggu lalu, yang memaksa rejim Zionis menerima gencatan senjata.

Menurut mereka, roket tersebut adalah dari jenis 333mm-kaliber dan boleh dilancarkan sehingga 11 kilometer. Ia mampu memusnahkan pelbagai lokasi tentera, termasuk pasukan Iron Dome dan pusat-pusat kejuruteraan perang, samada di atas darat ataupun di bawah tanah.

Roket tersebut boleh dilancarkan dari kenderaan pacuan empat roda atau jip, setiap satu boleh membawa dua roket, dalam keadaan radar Zionis tidak dapat mengesannya.

Dalam serangan minggu lalu, sekurang-kurangnya seorang Yahudi telah terbunuh dan 80 yang lain tercedera. Sehingga kini, sebanyak 406 tuntutan pampasan telah dibuat di mana 137 daripadanya adalah tuntutan kerosakan rumah, 81 tuntutan ke atas kenderaan, dan selebihnya tuntutan kerosakan ladang.

Kenyataan pemipin Hamas, Yahya Sinwar, minggu lalu mendakwa roket-roket Gaza boleh mencapai sasaran hingga ke kota Tel Aviv.

(IMEMC, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts