Perisikan Zionis: Mustafa dibunuh dengan tidak sengaja

AL-QUDS, 6 Sep 2016 (Maan) — Pihak perisikan Zionis hari ini memaklumkan bapa kepada Mustafa Nimir, yang ditembak mati ketika memandu di kem pelarian Shu’fat awal pagi semalam, bahawa anaknya itu ditembak secara tidak sengaja.

Bapanya Talal diarah hadir bersama isterinya ke balai polis Zionis Nabi Yaqoub di kejiranan Beit Hanina di al-Quds Timur, dan dimaklumkan bahawa siasatan polis mendapati Mustafa dan adik iparnya Ali Tayser Nimir, yang cedera parah, tidak melakukan sebarang serangan ketika kejadian.

Mustafa ditembak ketika memandu untuk membawa pulang makanan dan pakaian bayi untuk keluarganya di kem tersebut. Pihak berkuasa Zionis mendakwa mereka cuba melanggar pegawai polis dan pengawal sempadan Zionis.

Jenazah Mustafa kini ditahan di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv, manakala Ali akan ditahan di Hospital Hadassah di al-Quds, di mana beliau sedang dirawat, sehingga hari Khamis. Ali akan didakwa memandu tanpa lesen.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts