Perjalanan penduduk Palestin ke kota Baitulmaqdis, berbanding pendatang Yahudi

Video ini menjelaskan perbezaan antara penduduk Palestin dan pendatang Yahudi yang melalui perjalanan menuju ke kota Baitulmaqdis.

Rejim Zionis mengenakan berbagai bentuk sekatan, dari permit perjalanan hinggalah ke tembok pemisah, untuk memberi tekanan ke atas penduduk Palestin supaya terpisah dari kota suci itu.

Pendatang Yahudi yang tinggal secara haram di Tebing Barat memerlukan hanya 20 minit untuk tiba di kota suci, melalui laluan khusus untuk mereka. Sedangkan penduduk asal Palestin terpaksa memulakan perjalan di awal pagi dan memerlukan sehingga tiga jam untuk tiba. Ramai dari kalangan mereka yang diserang dengan gas pemedih mata serta peluru getah, dan tidak sampai ke destinasi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram

Related Posts