Perkampugan Badwi al-Araqeeb Dimusnahkan Kali Ke-121

GURUN NAQAB, 16 Nov 2017 — Pasukan polis Zionis pagi tadi memusnahkan perkampungan Badwi al-Araqeeb di Gurun Naqab buat kali ke-121.

Pihak berkuasa Zionis yang lengkap dengan buldozer dan diiringi oleh pasukan polis menyerbu perkampungan tersebut di awal pagi. Mereka mula meroboh rumah-rumah dan kemah-kemah setelah polis menutup semua laluan-laluan masuk ke situ.

Kali terakhir, perkampungan ini dirobohkan pada 25 Oktober lalu. Tentera Zionis memusnahkan al-Araqeeb buat pertama kali pada 27 Julai 2010.

Ogos lalu, sebuah mahkamah Zionis mengarahkan enam penduduk al-Araqeeb membayar kos perobohan terdahulu sebanyak 262,000 shekel, di samping 100,000 kos guaman. Sebelum itu, penduduk al-Araqeeb diarah membayar dua juta shekel bagi kos keseluruhan perobohan yang telah dilakukan oleh rejim Zionis sejak 2010.

Al-Araqeeb adalah salah satu daripada 45 perkampungan Badri yang tidak diiktiraf oleh rejim penjajah Zionis. Lebih separuh daripada 160,000 penduduk Badwi tinggal di perkampungan-perkampungan tersebut.

(Source: PIC, Maan, PNN, Alray)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts