Perkampungan al-Araqeb diroboh kali ke-132

GURUN NAQAB, 16 Ogos 2018 — Pasukan tentera Zionis lengkap dengan buldozer menyerbu perkampungan Badwi Palestin di al-Araqeb, meroboh semua khemah dan bangsal kediaman penduduk buat kali ke-132 sejak tahun 2010.

Beberapa orang penduduk termasuk Sheikh Sayyah al-Turi bersama anak lelakinya Aziz, dan Salim Abu Ashraf ditangkap atas tuduhan menghalang tugas pegawai Zionis dan cuba menghalang perobohan.

Perkampungan al-Araqeb pertama kali dirobohkan pada 27 Julai 2010, atas alasan tanah tersebut adalah “harta negara” Zionis. Kali terakhir ia dirobohkan pada 16 Julai lalu.

Fakta sejarah dan dokumen pemilikan harta mengesahkan bahawa kawasan tersebut dibina pada era pemerintahan Khalifah Uthmaniah, di mana tanah-tanah telah dibeli oleh penduduk ketika itu.

Al-Aqraeb adalah salah satu daripada 45 buah perkampungan Badwi yang “tidak diiktiraf” oleh rejim Zionis, walaupun penduduknya diberi taraf warganegara. Sekitar 240,000 penduduk Badwi Palestin tinggal di kawasan tersebut, tanpa sebarang kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan juga pendidikan.

Rejim Zionis merancang untuk menghapuskan perkampungan mereka bagi membina sebuah bandar khusus untuk pendatang Yahudi.

(PIC, Maan, IMEMC, MEMO)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts