Perkampungan al-Araqeeb dimusnah kali ke-120

GURUN NAQAB, 25 Okt 2017 — Pasukan polis mengiringi pekerja perbandaran Zionis meroboh semua rumah dan kemah penduduk Badwi di perkampungan al-Araqeeb buat kali ke-120 pagi tadi, atas alasan pembinaan tanpa kebenaran.

Puluhan penduduk Badwi termasuk kanak-kanak sekali lagi hilang tempat berteduh serta terpaksa mengharungi cuaca sejuk sementara mereka membina semula rumah-rumah sementara mereka.

Kehidupan mereka sentiasa diselubungi kebimbangan kerana pihak rejim boleh memusnahkan rumah-rumah yang dibina semula pada pada bila-bila masa. Bagaimanapun tindakan zalim rejim Zionis itu tidak pernah mematahkan semangat penduduk untuk mempertahan tanah mereka.

Al-Araqeeb merupakan salah satu daripada 35 perkampungan Badwi di Gurun Naqab yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Pihak rejim merancang untuk memindah keluar penduduk Badwi bagi memberi laluan kepada pembinaan bandar khusus untuk Yahudi.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts