Perkampungan al-Araqeeb dimusnahkan kali ke-113

GURUN NAQAB, 17 Mei 2017 (PIC) — Pasukan polis Zionis mengiringi beberapa buah buldozer menyerbu perkampungan al-Araqeeb pagi tadi dan memusnahkan semua kemah dan bangsal yang menjadi tempat tinggal masyarakat Badwi di situ, buat kali ke-113.

Tempat-tempat tinggal terbabit dibina semula beberapa hari selepas dimusnahkan pada 25 April lalu. Mereka bagaimanapun berikrar untuk membina semula, sepertimana yang telah berkali-kali lakukan sebelum ini. Al-Araqeeb buat pertama kali dimusnahkan pada tahun 2010.

Al-Araqeeb terletak di utara kota Beersheba di Gurun Naqab. Ia adalah salah satu daripada 45 buah perkampungan Badwi yang tidak diiktiraf oleh pihak rejim. Rejim Zionis ingin memusnahkan perkampungan terbabit bagi membina bandar-bandar baharu khusus untuk Yahudi.

Gurun Naqab merangkumi 40% daripada keluasan negara asal Palestin, iaitu 12,757km persegi. Seramai 200,000 penduduk Palestin tinggal di situ.

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts