Perkampungan Al-Araqeeb Dimusnahkan Kali Ke-122

GURUN NAQAB, 6 Dis 2017 — Rejim Zionis pagi tadi memusnahkan perkampungan al-Araqeeb di Gurun Naqab buat kali ke-122, meninggalkan semua keluarga Badwi di situ tanpa tempat berteduh.

Pasukan Zionis yang lengkap dengan buldozer menyerbu masuk al-Araqeeb di awal pagi dan mula meroboh semua rumah dan kemah setelah menutup semua laluan menuju ke kawasan tersebut.

Kali terakhir al-Araqeeb dimusnahkan adalah pada 17 November lalu. Penduduk membina semula rumah-rumah dan kemah-kemah mereka setiap kali diroboh oleh pihak rejim.

Al-Araqeeb adalah salah satu daripada 45 buah perkampungan Badwi yang “tidak diiktiraf” oleh rejim Zionis. Pihak rejim merancang untuk memindahkan penduduk Badwi keluar dari kawasan tersebut untuk memberi laluan kepada pembinaan bandar khusus bagi kaum Yahudi.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Related Posts