Perkampungan al-Araqeeb dimusnahkan kali ke-130

GURUN NAQAB, 27 Jun 2018 — Tentera penjajah Zionis pagi tadi membawa masuk buldozer ke al-Araqeeb di Gurun Naqab, untuk meroboh tempat-tempat tinggal serta memusnahkan perkampungan Badwi itu buat kali ke-130.

Pasukan tentera memaksa penduduk meninggalkan khemah dan pondok kediaman mereka untuk dirobohkan, membiarkan kanak-kanak, wanita dan warga emas tanpa tempat berteduh.

Penduduk bagaimanapun enggan meninggalkan al-Araqib, walaupun rejim Zionis cuba memaksa mereka berpindah ke sebuah penempatan yang dibina khusus.

Perkampungan al-Araqeeb dimusnahkan buat pertama kali pada 27 Julai 2010, atas alasan kawasan tersebut adalah “harta milik negara”. Setiap kali dirobohkan, penduduk akan membina semua khemah-khemah mereka.

Penduduk juga dikenakan denda jutaan Shekel, serta dituntut membayar kos perobohan yang telah dilakukan oleh tentera Zionis.

Fakta sejarah dan dokumen rasmi menunjukkan bahawa al-Araqeeb dibina di zaman Khalifah Uthmaniah di atas tanah yang dibeli oleh penduduk ketika itu.

Ia adalah salah satu daripada 51 perkampungan Arab Badwi yang “tidak diiktiraf” oleh rejim Zionis, yang menjadi sasaran projek pembinaan sebuah bandar khusus untuk pendatang Yahudi.

Sekitar 240,000 orang Palestin tinggal di Gurun Naqab tanpa mendapat kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan sekolah, walapun mereka diberi taraf kerakyatan negara haram Zionis.

(PIC, Maan, IMEMC, PNN, MEMO, WAFA)

LANGGAN NEWSLETTER HALUAN PALESTIN
Dapatkan berita terkini Palestin di Email anda 
Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts