GURUN NAQAB, 24 Jan 2018 — Pasukan polis Zionis pagi tadi mengiringi buldozer-buldozer menyerbu perkampungan al-Araqeeb dan memusnahkan perkampungan Badwi Palestin di Gurun Naqab itu buat kali ke-123.
Polis Zionis menyerbu al-Araqeeb di awal pagi dan memaka para penduduk keluar dari rumah-rumah mereka sebelum mula meroboh. Kali terakhir perkampungan itu diroboh adalah pada 28 Disember 2017.
Al-Araqeeb adalah salah satu daripada 40 perkampungan badwi di Gurun Naqab yang menjadi mangsa rancangan “Prawer” rejim Zionis untuk membina bandar khusus bagi kaum Yahudi.
(PIC, PNN)