Perkampungan al-Araqeeb diroboh kali ke-125

GURUN NAQAB, 21 Feb 2018 — Pasukan polis mengiringi buldozer pihak perbandaran Zionis memusnahkan perkampungan al-Araqeeb buat kali ke-125 awal pagi tadi.

Polis menutup semua laluan ke perkampungan Badwi Palestin itu sebelum mula meroboh rumah dan kemah.

Al-Araqeeb merupakan salah satu daripada 45 perkampungan Badwi di Gurun Naqab yang tidak diiktiraf oleh rejim Zionis. Penduduk Badwi menjadi sasaran rejim penjajah supaya meninggalkan tanah mereka bagi memberi laluan kepada pembinaan bandar khusus untuk kaum Yahudi.

(PIC)

Facebook
Twitter
WhatsApp
Email

Related Posts